Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Pengasih.
Kempen Jom Tutup Aurat yang
bertemakan “yang tertutup itu indah” ini merupakan program yang julung-julung
kalinya. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman yang
lebih jelas mengenai konsep menutup aurat yang bukan sahaja lebih tertumpu
kepada wanita tetapi, kewajipan tersebut juga untuk kaum lelaki. Dengan adanya
kempen
seperti ini maka penguna-penguna facebook ini akan mendapat pendedahan secara
tidak langsung mengenai kewajipan menutup aurat sebagai seorang muslim menerusi
poster-poster kempen yang di masukan kedalam page dan dan juga risalah-risalah
yang berkaitan dengan konsep menutup aurat yang akan diedarkan kepada mereka.
Dengan adanya kempen seperti ini maka personaliti individu muslim yang mengikut
syariat Islam dapat dibentuk sepertimana yang disyariatkan.
Bismillahirrahmanirrahim
PELIHARALAH
AURAT KAMU WAHAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
“Wahai
anak cucu Adam, sesunggunya kami telah menyediakan untuk menutupi auratmu dan
menghiasi dirimu. Tetapi pakaian taqwa itulah yang lebih baik. Demikianlah
bahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan mereka ingat”
(Al-A'raf-7:26)
Kepada
semua pengunjung laman ini ambillah apa yang baik dalam laman ini dan kongsilah
kepada yang lain. ini bertepatan dengan hadis :
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ
آيَةً
Maksudnya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong
ayat."
Hadis di atas
merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan
apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka
yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang
bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain.
Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi
kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam
Islam, perasaan individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi
menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.
Hadis yang
dibincangkan di atas telah dituturkan oleh Baginda s.a.w. dalam redaksi yang
agak panjang dan saling memerlukan antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w.
bersabda:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عَمْرٍو أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ « بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ
آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ
عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار »
Terjemahan:
Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda:
“Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil
(sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas
nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.”
(Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)
Antara
faedah-faedah yang boleh dipetik daripada hadis ini:
1) Rasulullah
s.a.w. mengingatkan kepada seluruh umatnya supaya sentiasa menyampaikan ilmu
yang dimiliki kepada saudaranya yang lain, walaupun hanya sepotong ayat.
2) Berusahalah
menyampaikan apa jua kebaikan kepada masyarakat, kerana ganjarannya begitu
besar seperti yang disebut oleh Baginda s.a.w. dalam sepotong hadis riwayat
Bukhari : “Demi Allah, sekiranya seorang lelaki
memperoleh hidayah
(daripada Allah)kerana (usaha) kamu, itu lebih baik untuk mu daripada nilai
unta merah (sesuatu yang sangat berharga).”
3) Kalimah ‘Anni
(dari ku) menunjukkan bahawa ilmu yang benar adalah sesuatu yang datangnya
daripada Rasulullah s.a.w. Daripada Rasulullah s.a.w. samalah juga daripada
Allah s.w.t. kerana tutur kata Baginda s.a.w. adalah wahyu daripadaNya.
4) Ancaman keras
daripada Rasulullah s.a.w. kepada mereka yang menyampaikan sesuatu tetapi
mendustai nya, atau dalam erti kata lain, menyandarkan sesuatu itu daripada
Rasulullah s.a.w. sedangkan Baginda s.a.w. langsung tidak pernah bersabda
mengenai perkara itu. Takutlah dengan ancaman keras ini !!!
5) Sepatah
perkataan yang keluar berlandaskan ilmu adalah lebih baik daripada berborak
panjang tetapi kosong daripada hidayah. Berhati-hatilah ketika berbicara,
kerana satu patah perkataan yang keluar akan dipertanggungjawabkan di hadapan
Allah swt.
Jom Aplikasikan Hadis Ini
Jadi insyaAllah
marilah sama-sama kita memeriahkan lagi kempen ini. dan kempen ini bukan hanya
untuk sebulan atau setahun bahkan kempen ini perlu dipanjang-panjangkan hingga
akhir hayat. insya Allah.
takbir~
Allahuakbar
.. !
No comments:
Post a Comment