"All praises is due to ALLAH alone. Only the mistakes have been ours. May ALLAH forgive our sins with His infinite mercy, Ameen."
MAY PEACE AND BLESSINGS OF ALLAH SUBANNAH WATAALLAH BE UPON OUR PROPHET MOHAMMED, HIS FAMILY AND COMPANIONS.
BROTHERS AND SISTERS IN ISLAM FISABILILLAH HAS BEEN INACTIVE FOR SOME TIME, HOWEVER WITH THE HELP OF ALLAH WE ARE NOW RELAUNCHING AND INSHALLAH WILL BE AVAILABLE FOR ALL TO GAIN BENEFIT PEACE AND KNOWLEDGE.
ALLAH ACCEPT THE EFFORTS OF ALL INVOLVED ACCEPT OUR THANKS FOR THIS OPPORTUNITY AND FORGIVE OUR FAULTS AND ERRORS FOR THEY ARE SURELY OURS ALONE AND ALL GOOD COMES FROM HIM.

Monday, September 2, 2013

Hakikat Di Sebalik Peperangan Rasulullah S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun. 
Pada permulaannya Islam bergerak secara sembunyi, 
kemudian apabila Islam semakin berkembang, Islam diajar kepada 
manusia secara terbuka. Selepas Perjanjian Aqabah, usaha 
penyebaran agama Islam semakin cerah dan meluas yang membawa 
kepada penghijrahan  ke Madinah. Pada tahap ini, Islam mula terlibat 
dengan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada di ceroboh 
dan di tindas oleh musuh.
Antara peperangan yang terkenal ialah 
Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.


       Namun begitu, Islam bukanlah agama ganas yang mahukan peperangan semata-mata, tetapi peperangan dalam Islam tercetus kerana ada kepentingannya. Ada tiga alasan mengapa Nabi Muhammad SAW berperang. Pertama, melawan serangan musuh, seperti yang terjadi dalam perang Badar, Uhud, dan Khandaq. Perang-perang itu untuk mempertahankan diri.

      Kedua, memberi pengajaran kepada musuh yang mencari sebab atau bersekongkol mengganggu kaum muslim meskipun telah ada perjanjian atau kerjasama yang dibuat antara Kaum  Musyrikin Quraish dan Kaum Muslimin. Seperti ditunjukkan melalui perang Qani Quaraizhah, Khaibar, Mu’tah dan sejumlah pengkhianatan terhadap kaum Badwi yang merancang menyerang kaum muslim atau yang tidak berkerjasama menjaga perjanjian dan perlindungan yang diberikan Nabi Muhammad  SAW kepada mereka. Semua ini adalah perang pembalasan atau penghukuman.

    Ketigamenggagalkan rancangan musuh yang mengancam kaum muslim. Contohnya perang Tabuk, Nabi Muhammad SAW menghantar sekumpulan pasukan penyiasat (pasukan siaga perang) untuk menghalang dan memecah-belahkan kumpulan musuh membuat persiapan menyerang terhadap kaum muslim di Madinah

    Oleh hal demikian, berdasarkan ketiga-tiga alasan tersebut, Islam  tidak pernah menganjurkan peperangan, bahkan pihak musuh Islam lah yang sering memulakan semuanya. Nabi Muhammad SAW  hanya ingin menjaga kemuliaan Islam yang tinggi dan tiada agama yang lebih tinggi dan mulia melainkan Islam. Memang musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk menyerang dan membunuh orang-orang Islam walaupun pelbagai kerjasama dan perjanjian dilakukan. Demikian benar firman Allah SWT yang bermaksud : Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. (Surah Al-Baqarah : Ayat 120).

      Peperangan yang penuh tragis, meletihkan, menghabiskan tenaga, harta dan  banyak nyawa yang mengorbankan ramai sahabat di tempuh oleh Nabi Muhammad SAW dan para pejuang Islam tanpa rasa rugi dan sia-sia. Sebanyak 64 kali peperangan dan 26 peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW sendiri dan selebihnya dipimpin oleh para sahabat utusan Nabi.

      Perang yang sangat melelahkan, menguras pikiran, tenaga, harta dan nyawa di tempuh oleh Nabi, sahabat dan para pejuang Islam. Sekitar 10 tahun beliau tinggal di Madinah, terjadi 64 kali peperangan, 26 perang dipimpin Nabi sendiri dan selebihnya adalah pasukan utusan Nabi

         Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan merancang strategi sebelum peperangan.

Taktik Menunggu Musuh :
  • Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.
  • Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.
Taktik al – Saf :
  • Digunakan dalam Perang Badar.
  • Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera.
  • Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.
Taktik Menggali Parit :
  • Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.
  • Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang.
  • Parit digali menghalang tentera musuh  memasuki kota Madinah.
  • Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
  • Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.
Taktik Kepungan :
  • Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.
  • Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan.
  • Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.
Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :
  • Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin.
  • Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur.
  • Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.
Taktik Penyamaran :
  • Digunakan sewaktu Perang Khandak.
  • Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi.
  • Musuh akhirnya tewas.
       Kesimpulan, Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam. Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan. Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam.

dari sumber
Biah Solehah

No comments:

Post a Comment