Sedar atau tidak anda yang tidak
solat?
Pada zaman Nabi Musa, ada seorang
lelaki yang sudah berumahtangga , dia tak mempunyai zuriat. Lalu, terdetik
dalam hati dia (nazar),"kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing
anjing hitam." Nak dijadikan cerita, isteri si lelaki tadi pun hamil dan
melahirkan anak. Bila dah dapat anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar
nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza
dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad,
nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.
Tapi, kalau zamanNabi Musa, barangsiapa bernazar,walaupun haram, tetap kena
laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang dapat anak tu, dengan susah hatinya,
pun pegilah bertemu dengan Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yang terjadi
ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak payah minum air
kencing anjing hitam, tapi akan minum air yang lebih hina dr air kencing anjing
hitam.Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh
dr bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan minum air tu. Lalu,
lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa
tadi.
Lihat.. betapa hinanya org yang
meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dr bumbung rumah dia, lbh
hina dr air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah,belum air tangan
lagi.Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sebab kalau meninggalkan
solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi,
dsb. anak-anak, suami pulak yang akan makan makanan yang dimasak. takkan nak
biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..
tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dengan kita ni.. pagi petang.. mamak!!
teh tarik satu, roti canai satu..ada pulak segelintir tukang masak yang tak
solat.. kita pun makan bekasair tangan dia.. gelap lah hati kita.. sebab tu
liat nak buat keja2 yangbaik. beware apa yang kita makan... betapa beratnya
amalan solat ni,hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra'
Mikraj,sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.Ketika saat
Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali(&untuk umat
Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum."maknanya
,"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah org2yang lemah
di bawah tanggunganmu. " jadi, sama2lah kita pelihara solatkita, dr segi
zahir & batinnya, kerana amalan solatlah
amalan yang mula2akan ditimbang di
neraca Mizan kelak
No comments:
Post a Comment