Kita
diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya
kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selepas madu dan
susu. Cuba lihat Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang
Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
Kajian
mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun,menjadikannya
sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta
orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta
yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu. Jika dulu teh kebiasaannya
digemari orang tua, sekarang peminum kopi tertinggi ialah mereka berusia 18-39
tahun.
Mari
kita lihat kebaikan kopi.
1-Kandungan kafein dalam
kopi
Kopi
selama ini dianggap sebagai minuman yang berguna untuk menambah tenaga dan
menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi
ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem
pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah
setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar (1 - 3 cawan), tubuh kita akan
menjadi segar, bergairah, daya pikir lebih cepat, tidak mudah lelah atau pun
mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh
yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan
pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan
mempersempit pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran
pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.
Selain
itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang
mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding
orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai
sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat menurun. Ini adalah penyebab
mengapa orang gemuk merasa lapar berlebihan selepas bersenam dan akhirnya
cenderung makan lebih banyak. Dengan mengambil 3 cawan kopi sehari, tubuh orang
gemuk termobilisasi untuk membakar lebih banyak lemak selama bersenam. Kafein
membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Awas! Pastikan kandungan
gula didalam kopi tidak terlalu banyak. Jika tidak,lain pula jadinya.
2-Kopi
bergula meningkatkan prestasi otak
Kajian
di Barcelona,Sepanyol menunjukkan bahawa dengan mengambil secawan kopi yang
bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di
sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan
prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40
sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air
masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran
pekerjaan
Jurnal
Human Psychopharmacology: Clinical and Experimental menyiarkan hasil kajian
saintis tersebut.
3-Kandungan Antioksida
dalam kopi
Antioksida
yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh
daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik
untuk kesihatan.
Namun
hakikatnya, sebelum kopi menempa populariti di US, kopi sebenarnya telah
menjadi minuman harian di kebanyakan negara lain termasuklah Malaysia. Kini,
populariti kopi di US menjadi pemangkin kepada lebih banyak kajian dan
penyelidikan yang dilakukan oleh saintis untuk melihat kebaikan dan keburukan
di sebalik minuman dari buah kopi yang berwarna kemerahan apabila masak.
Salah
satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu mendedahkan pengambilan
kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah
kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan
fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!!
Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di
dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.
Selain
itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti
Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya
mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung
dan strok.
Profesor
kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah kepada
radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga
mengundang pelbagai penyakit kronik.“Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia
adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,”
katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk
kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif. Namun,
katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan
wanita mengandung dalam kuantiti yang besar.“Hospital Christchurch, New
Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan
bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan.“Manakala, kajian dari Institut
Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah
berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.
No comments:
Post a Comment