Alhamdulillah,
akhirnya siap juga entri mengenai daging kambing ni. Ini adalah bahagian ke-3
mengenai siri pembohongan yahudi. Klik sini untuk bahagian kedua dan pertama.
Sekarang ni, baru nas tau rupanya banyak khasiat dan kelebihan daging kambing
ni berbanding dengan daging-daging lain. Selama ni kalau nas jumpa daging
kambing nas tak makan banyak sebab orang kata panaslah, dan macam-macam lagilah
akibat makan daging ni. Dah lah, tanpa membuang masa dan tenaga, mari kita
lihat apa yang ada dalam daging kambing ni sehingga menjadikan ia daging yang
terbaek!
Kelebihan
Daging Kambing
Mereka
yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging
kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor
yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta
seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit
jantung.
Sebenarnya,
daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti
ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah
nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.Tetapi hakikat sebenarnya banyak
sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya
atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Daging
kambing adalah daging yang paling baik
Kajian
dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka
yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi
kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul
daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia
juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja,
malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan
potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih
rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino
yang diperlukan ada di dalam daging kambing.
Pengurai
Kolestrol Tepu
Daging
kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada
membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak
sihat.
Ikatan
kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah,
tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya
ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan
ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang
terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan
kolestrol kambing sahaja.
Vitamin
C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan
pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah.
Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia
boleh mengakibatkan masalah jantung.
Sodium
yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan
membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk
membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang
dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan
membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian
otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .
Pencegah
Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol
kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada
penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar
dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah
tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat
peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun
daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit
darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini
dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi
mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar
mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah
tinggi.
Lemak
di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh
hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam
jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan
mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening
kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain
itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan
pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan,
berpeluh dan telinga berdengung.
Mencantikkan
Kulit
Vitamin
C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C
tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C
yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi
hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan
protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah
kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk
tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap
sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing
akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap
protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan
memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan
kulit yang lebih putih dan cantik.
Meningkatkan
Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem
darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi
sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan
bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih
sayang.
Jantung
akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol
daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira.
Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan
sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan
mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).
Mereka
yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta
mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing
sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran
kecintaan.
Ermm,
dah bace kan? Pendapat nas, daging kambing ni agak susah jugak la kalau nak
dapat kat pasar biasa. Kat kedai makan pun jarang-jarang(mcm citer P.Ramlee)
ada. Agaknya mungkin pengetahuan penduduk kat malaysia ni tentang daging ni
masih kurang kot. Apa-apa pun amalkanlah pemakanan daging kambing ni kerana
banyak khasiatnya
No comments:
Post a Comment