السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Seringkali dalam hidup ini kita mendapati diri sendiri hilang arah. Bukan kita sahaja bahkan perkara ini berlaku kepada hampir setiap manusia hatta seorang islam sekalipun.
Kita hanyalah insan, kita pelupa.
Kadang kala kita dapat kembali membetulkan jalan kita dengan segera, namun tidak bagi sesetengah orang. Mereka mengambil masa yang lama untuk menyimpangkan kembali lorong ke arah jalan utama, jalan yang sebenar.
Dan dalam golongan inilah juga, terdapatnya satu puak yang bisa kembali, dan sepuak lagi, hanyut di lautan yang tak bertepi.
Apabila manusia meletakkan matlamatnya ke arah sesuatu, ia menjadi tempat pergantungannya, yang memberikannya suatu kekuatan untuk terus berlari, berjalan, mahupun merangkak untuk mencapai matlamat tersebut.
Inilah yang dimaksudkan dengan matlamat atau halatuju atau arah.
TIGA PERSOALAN YANG MEMENINGKAN YANG MESTI KITA JAWAB:.
Semenjak zaman dahulu sehinggalah sekarang, akal manusia sentiasa dipeningkan dengan tiga soalan yang tidak dapat dijawab dengan upaya minda manusia sahaja kecuali denagn mendapat petunjuk Allah:
من اين جئنا؟1. Dari manakah kita ini datang? Siapa yang mencipta kita? Bagaimana kita dicipta?
لماذا جئنا؟2. Mengapa kita datang ke sini (dunia/bumi)? Apa tujuan kita? Apa yang kita perlu buat sebenarnya?
الى اين المصير؟3. Ke mana tempat kita pergi sesudah ini ?Lepas dunia ini habis bagaimana? Apa yang terjadi? Alam ini akan tiada lama kelamaan? Hanya tinggal senyap sahaja? Tiada apa-apa?
Lalu Islam mendatangkan jawapan bagi ketiga-tiga jawapan yang memeningkan ini.
JAWAPAN-JAWAPAN
1. Dari mana kita datang?وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ
''Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia(Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.'' (Al Hijr : 26)
Dengan makna bahawa manusia mempunyai pencipta. Yang menciptakan asal manusia itu dari tanah!
2. Mengapa kita datang ke sini (dunia/bumi)?وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاء وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ
''Dan tidaklah Kami ciptakan Iangit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.''(Al Anbiya : 16)
وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاء وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلاً ذَلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ
''Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.''
(Shaad : 27)
Jadi kalau begitu mesti ada tujuannya. Apakah tujuannya?
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ مَا أُرِيدُ مِنْهُم مِّن رِّزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَن يُطْعِمُونِ
''Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.''(Ad Dzariyaat : 56-57)
3. Kalau begitu ke mana tempat kita pergi sesudah ini?
''Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.''
(Shaad : 27)
Jadi kalau begitu mesti ada tujuannya. Apakah tujuannya?
''Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.''(Ad Dzariyaat : 56-57)
3. Kalau begitu ke mana tempat kita pergi sesudah ini?
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثاً وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
''Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?.''(Al Mu'minun : 115)
''Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?.''(Al Mu'minun : 115)
إِنَّ إِلَى رَبِّكَ الرُّجْعَى
Sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).(Al Alaq : 8)
Berbalik kepada cerita kita sebentar tadi. Apa kaitannya dengan hilang arah? Ya, ada kaitan yang sangat besar.
Kita lihat saintis-saintis hebat dari barat, yang mengkaji fenomena alam yang mengkagumkan dan amat sukar difahami, setelah mengkaji dan mengkaji, mereka hilang arah.
Selepas ini apa? Selepas ini apa?
Kita lihat mereka yang larut dengan hiburan di dalam kehidupan mereka yang pelbagai , clubbing, arak, dadah, amalan seks bebas-berzina.
Lalu selepas itu apa? Apa lagi yang kamu hendak buat?
Artis-artis yang hidup dalam keadaan glamour. Publisiti. Hiburan dan sebagainya.
Tanyakan kepada mereka selepas ini apa?

Soalan-soalan ini sekiranya direnungi akan mencengangkan hati mereka, lalu mereka akan bingung kerana; mereka tak punya jawapan.
-Selepas ini berhibur lagi. Dan lagi. Dan lagi.
-Kemudian umur semakin meningkat, dan semakin meningkat. Lalu?
-Lalu apa?
-Lalu mati? Jadi apakah makna kehidupan kamu?.
KOSONG!
Kerana itu ramai yang hilang arah. Kerana apa? Bukan kerana mereka tak punya matlamat, ianya kerana, matlamat mereka tak abadi.
Andai hidup bermatlamat hiburan,
maka hiburan akan pergi,
Andai hidup bermatlamat glamour,
ketahuilah glamour jua akan pergi,
Sekiranya hidup bermatlamat rupa paras dan kecantikan,
maka umur akan memakan keduanya jua,
Lalu apa lagi yang mahu dijawab?
Tiadalah melainkan; Allahlah matlamat yang abadi.
HIDUP IBADAH KEPADA ALLAH: HIDUP YANG BEBAS DARI PERHAMBAAN.
Apabila hidup kita kembali bermatlamatkan Allah, tempat kembali, maka hidup kita bebas.
Bebas dari apa?
Bebas dari perhambaan nafsu yang sentiasa memberitahu kita,
''Aku mahu ini, aku mahu itu.''
Bebas dari diperhambakan wang dan harta
Bebas dari diperhambakan syahwat terhadap lelaki/wanita
Bebas dari jiwa diperhambakan pangkat, jawatan dan pujian orang
Bebas dari diperhambakan manusia lain.
Di akhirnya saya fikir mereka akan mendapati suatu keresahan di dalam kehidupan. Tiadanya ketenangan, ibarat dicekik tali yang halimunan. Rasa bersalah dan sebagainya. Kehidupan yang tak diredhai, malahan dilaknat-Naudzubillah.
''Benarkah hari-hari yang kita lalui bermatlamatkan Allah?''
Maksudnya, bibir boleh mengucapkan kata-kata, namun sayang sekali, sebenarnya matlamat kita itu dibuktikan dengan perbuatan kita sendiri. Hidup bermatlamatkan Allah sepenuhnya, dibuktikan dengan perbuatan, tatacara, perkataan kita. Kita mungkin tak sempurna, namun bagi saya, kehidupan bermatlamatkan Allah itu, ialah kita berusaha mengubah diri kita, suasana kita, ke arah yang Dia redhai.
Moga Allah ampuni kita bersama.

Allah Ta'ala berfirman:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ
"Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu ."(Muhammad: 19)
Allah Ta'ala berfirman lagi:
وَاسْتَغْفِرِ اللّهَ إِنَّ اللّهَ كَانَ غَفُوراً رَّحِيماً
"Dan mohonlah pengampunan kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Penyayang." (an-Nisa': 106)
Allah Ta'ala juga berfirman:
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّاباً
"Maka mahasucikanlah dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhanmu dan mohonlah pengampunan kepadaNya, sesungguhnya Tuhan itu adalah Maha Penerima taubat." (an-Nashr: 3)
والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
No comments:
Post a Comment