السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Orang berilmu mesti ikhlas beramal dan sampaikan kebenaran, cari reda Allah dengan iman dan amal.Agama tidak boleh dibeli dengan duit(harta) tetapi hanya dapat dimiliki hati yang ikhlas, tunduk dan setia kepada Allah SWT, serta menepati Sunnah jalan kehidupan Rasulullah SAW. Maka agama itu sah hanya menjadi milik orang yang mukhlis(ikhlas)dan mengikuti jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
وَأَنْ أَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً وَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
dan (aku telah diperintah): "Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik.-Yunus 105
Jika agama boleh dibeli dengan harta, hanya orang kaya yang akan masuk syurga. Mereka boleh bertaubat dengan duit(harta) bukan kerana keikhlasan hatinya. Setiap tahun mereka pergi mengerjakan haji tetapi setiap kali balik haji, dosa dan maksiat yang sama diulangi lagi. Atau mereka yang suka mewakilkan sebarang ibadah dengan perantaraan ustaz dan lebai . Bayar orang mengaji dan berjemaah di rumah tetapi pemilik rumah sendiri tidak sembahyang atau kenal al-Quran. Jika sudah meninggal nanti, senang saja hendak tebus dosa dengan kenduri tahlil Alangkah hodohnya agama ini, jika ajarannya boleh dijual beli sesuka hati. Seolah-olah semua masalah itu boleh diselesaikan dengan duit, maka selamatlah mereka masuk syurga.
Jika orang Islam memahami agamanya dengan pemikiran jahil dan tempang sebegini, maka hancurlah harapan matlamat syiar tauhid yang dibawa Nabi dan Rasul. Seperti orang Yahudi dan Nasrani menyelewengkan ajaran agama dengan permainan politik wang mereka sehingga boleh membeli agama dengan harga murah. Pahala dan dosa dibeli dan ditebus dengan jaminan tokoh agama. Tokoh agama mereka pula dilimpahi harta ditimbun di dalam rumah ibadat kemudian mereka menyembunyikan kebenaran dan membiarkan umatnya hidup bergelumang dosa, bahkan mereka berani melakukan penyelewengan fatwa agama agar mengikut hawa nafsu mereka dan menguburkan ajaran tauhid murni yang ditinggalkan Nabi.
Allah SWT berfirman
إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَـئِكَ يَلعَنُهُمُ اللّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ
yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati." (Surah Al-Baqarah: 159)
Begitulah keadaan orang yang berilmu tetapi menyembunyikan kebenaran kerana mahu mendapatkan keuntungan dunia yang sedikit. Mereka membiarkan umat dalam kesesatan asalkan mereka dibayar dengan harga yang murah. Apakah pelaku maksiat boleh berasa aman dan selamat dengan membayar duit atas dosa itu? Pada hal hati tidak boleh dibohongi dan sememangnya mereka masih dihantui ketakutan dikejar rasa bersalah akibat mempermainkan agama Allah, bahkan mereka menipu Allah SWT.
Sesungguhnya reda Allah SWT tidak dapat dibeli dengan duit-harta, ia hanya dikurniakan kepada orang yang ikhlas, taat dan setia kepada ajaran-Nya tanpa berbelah bagi. Contoh manusia yang mulia ini dizahirkan Allah SWT pada diri Nabi dan Rasul berserta umat mereka yang setia. Mereka membeli keredaan Allah dengan tauhid yang murni, ilmu dan amal yang teguh mengikut landasan wahyu dan bekerja untuk memperjuangkan agama.
Tidak sesekali mereka mempunyai pilihan sesuka hati mana ajaran yang disenangi dan mana yang dibenci untuk ditinggalkan. Semuanya wajib ditaati di sisi Allah SWT. Orang yang mengharap keredaan Allah bertungkus lumus mencari hidayah-Nya dengan pencarian ilmu sepanjang hayat. Ibnu al-Qayyim pernah berkata, "Ilmu hakiki adalah firman Allah, ia adalah tingkat pertama, sabda Rasulullah, ia adalah tingkat kedua dan kata-kata sahabat, ia adalah tingkat ketiga". Setiap mukmin mesti berpegang dengan ketiga-tiga kekuatan ini jika ia tidak mahu tersesat. Kerana ramai yang mengamalkan agama mengikut selera akal saja tanpa mahu tunduk kepada Al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW.
Semestinya pencari reda Allah SWT menjadikan Al-Quran sebagai bacaan wajib yang tidak sesekali ditinggalkan. Kemudian dia menggandingkan dengan hadis Rasulullah SAW yang menterjemahkan ajaran al-Quran secara nyata dalam kehidupan seharian. Keduanya, bukan hanya dibaca tetapi semestinya dihadam secara halus untuk direalisasikan dengan sikap dan perbuatan yang sesuai dengan nilai al-Quran, seperti jawapan Aisyah ketika ditanya mengenai sikap dan akhlak Nabi SAW, beliau berkata. "Sesungguhnya Rasulullah SAW seperti Al-Quran yang berjalan".
Selepas sempurna ilmu dan amal, akidah dan akhlak seseorang demi mengharap reda Allah SWT, maka usaha yang lebih mendekati Allah adalah dengan menyebarkan agama Allah. Di sinilah diperlukan bukti yang menunjukkan ilmu dan akhlaknya bersih iaitu dengan mencurahkan segala khazanah ilmu dan akhlak itu untuk menyebar/menegakkan agama.
Allah SWT menetapkan dalam firman-Nya bahawa reda Allah hanya dikurniakan kepada orang berjihad:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
"Dan orang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik. (Surah Al-Ankabut: 69)
Jadi, sesiapa yang mendakwa bahawa dirinya sudah diredai Allah, maka hendaklah dia meneliti sekali lagi apakah amalanya telah bertepatan dengan perintah Allah seperti yang ditunjuk Rasulullah. Jika demikian teruskan mujahadah (berterusan dalam mentaati perintah Allah) mudah- mudahan mendapat Rahmah dari Allah
قُلْ بِفَضْلِ اللّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُواْ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan".-Yunus 58
والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.(Al-Maidah:2)
كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

No comments:
Post a Comment