Allah s.w.t. berfirman (Al-Quran: al-Isra': 82):
Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.
Dalam surah Fussilat:44 pula terdapat firman Allah:
Katakanlah bagi mereka yang beriman, al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi mereka yang beriman. Mereka yang tidak beriman, pada telinga mereka ada sumbatan, sedangkan al-Quran itu sesuatu kegelapan bagi mereka. Mereka ini adalah seperti orang yang dipanggil dari tempat yang jauh.
Sesetengah ahli tafsir menerangkan perkataan yang terdapat dalam surah di atas (al-Isra':82) bukan Iit-tab'id , bererti bahawa al-Quran itu keseluruhannya adalah penawar, bukan sebahagian daripadanya sahaja. AI-Quran boleh digunakan untuk menangani sakit fizikal juga sakit yang berkaitan dengan hati, jiwa dan roh, seperti kejahilan, kesesatan dan sebagainya. Kesejahteraan fizikal berkait rapat dengan kesejahteraan hati.
Mengenainya. Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Sesungguhnya pada jasad itu ada seketlul daging, apabila ia sejahtera, maka sejahteralah keseluruhan jasad. Dan apabila rusak akan dia, maka rusaklah keseluruhan jasad, iaitu hati. (Muttafaq 'alaih)
No comments:
Post a Comment