"All praises is due to ALLAH alone. Only the mistakes have been ours. May ALLAH forgive our sins with His infinite mercy, Ameen."
MAY PEACE AND BLESSINGS OF ALLAH SUBANNAH WATAALLAH BE UPON OUR PROPHET MOHAMMED, HIS FAMILY AND COMPANIONS.
BROTHERS AND SISTERS IN ISLAM FISABILILLAH HAS BEEN INACTIVE FOR SOME TIME, HOWEVER WITH THE HELP OF ALLAH WE ARE NOW RELAUNCHING AND INSHALLAH WILL BE AVAILABLE FOR ALL TO GAIN BENEFIT PEACE AND KNOWLEDGE.
ALLAH ACCEPT THE EFFORTS OF ALL INVOLVED ACCEPT OUR THANKS FOR THIS OPPORTUNITY AND FORGIVE OUR FAULTS AND ERRORS FOR THEY ARE SURELY OURS ALONE AND ALL GOOD COMES FROM HIM.

Sunday, January 5, 2014

Pentingnya Ilmu

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Imam Syafie ada mengatakan : "Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu."

Sejauh mana kepentingan ilmu itu dalam membentuk keperibadian muslim sejati? Tanpa ilmu kita diibaratkan seperti kapal tanpa nakhoda, fizikal dan emosi akan bertindak mengikut ketidaklogikan akal, segala tindak- tanduk yang dilakukan juga tidak berasaskan ilmu. Akibatnya segala kerja yang dilakukan hanya mementingkan tuntutan duniawi tetapi tidak ukhrawi.

Ali bin Abi Talib RA berkata, "Ilmu lebih baik dari harta, harta jika dibelanjakan akan berkurang, tetapi ilmu jika disebarkan akan bertambah."

Hanya dengan ilmu, sifat takbur, ego, riak dan mementingkan diri dapat dileraikan. Hanya dengan ilmu, kasih sayang sesama mukmin akan bertaut, ukhwah terjalin, silaturrahim  bercambah. Hanya dengan ilmu, kekuatan jihad dapat diperkukuhkan. Hanya dengan ilmu, ketidakstabilan kerohanian tidak akan berlaku. Hanya dengan ilmu, kasih sayang semata-mata kerana Allah akan menjadi seluas-luasnya. Hanya dengan ilmu, keikhlasan akan bertapak dalam jiwa. Hanya dengan ilmu juga, perpecahan dan perbalahan sesama muslim tidak akan berlaku.

Ketahuilah sesungguhnya, ilmu itu akan menjadi benteng dan pendinding diri dalam peperangan menentang syaitan dan nafsu. Ilmu itu juga akan dapat meningkatkan darjat hambanya pada pandangan Allah. Namanya dimuliakan sama ada oleh penduduk dunia dan paling istimewa sekali apabila namanya sangat popular dalam kalangan penduduk langit.

Dalam sebuah hadith nabi:
"Demikian tingginya darjat orang yang menuntut ilmu sehingga para malaikat bersikap hormat terhadap orang yang menuntut ilmu. (Riwayat Abu Daud)

بَلْ هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا الظَّالِمُونَ
49. Sebenarnya, Al Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu . Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.Al-'Ankabuut 

Jadi, marilah kita sama-sama melapangkan masa untuk menuntut ilmu terutamanya ilmu untuk megenal Allah dan menjadi hambanya yang baik. Semoga Allah memberi keberkatan kepada masa yang kita ada. Kesibukan itu adalah ujian dari Allah. Semoga kita sentiasa berada dalam naungan rahmatnya yang Maha Luas. Gunakan semaksimum masa yang ada untuk sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada diri ,keluarga dan orang lain.

Firman Allah yang membicarakan mengenai kelebihan orang yang berilmu:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَانٍ مَّرِيدٍ 
Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat,-Al-Hajj-3.

ثُمَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُخْزِيهِمْ وَيَقُولُ أَيْنَ شُرَكَآئِيَ الَّذِينَ كُنتُمْ تُشَاقُّونَ فِيهِمْ قَالَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْعِلْمَ إِنَّ الْخِزْيَ الْيَوْمَ وَالْسُّوءَ عَلَى الْكَافِرِينَ 
 Kemudian Allah menghinakan mereka di hari kiamat, dan berfirman: "Di manakah sekutu-sekutu-Ku itu (yang karena membelanya) kamu selalu memusuhi mereka (nabi-nabi dan orang-orang mu'min) ?" Berkatalah orang-orang yang telah diberi ilmu: "Sesungguhnya kehinaan dan azab hari ini ditimpakan atas orang-orang yang kafir",An-Nahl-27.

هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ 
"Apakah sama orang-orang yang mengetahui(berilmu ) dengan orang-orang yang tidak mengetahui.Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran
" Surah Az-Zumar, ayat 9.

Tadabburilah(analisa/renungilah) ayat-ayat di atas dan semoga kita mengambil pengajaran bahawa pentingnya ilmu Allah itu dalam diri seseorang hamba dalam kehidupan era milenium yang sangat mencabar ini. Hanya dengan ilmu dapat membatasi dan menjadi pendinding diri supaya tidak terus- menerus melakukan kemaksiatan yang membawa kepada matinya hati. Semoga Allah terus melindungi dan menaungi rahmat-Nya ke atas kita.



والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment