"All praises is due to ALLAH alone. Only the mistakes have been ours. May ALLAH forgive our sins with His infinite mercy, Ameen."
MAY PEACE AND BLESSINGS OF ALLAH SUBANNAH WATAALLAH BE UPON OUR PROPHET MOHAMMED, HIS FAMILY AND COMPANIONS.
BROTHERS AND SISTERS IN ISLAM FISABILILLAH HAS BEEN INACTIVE FOR SOME TIME, HOWEVER WITH THE HELP OF ALLAH WE ARE NOW RELAUNCHING AND INSHALLAH WILL BE AVAILABLE FOR ALL TO GAIN BENEFIT PEACE AND KNOWLEDGE.
ALLAH ACCEPT THE EFFORTS OF ALL INVOLVED ACCEPT OUR THANKS FOR THIS OPPORTUNITY AND FORGIVE OUR FAULTS AND ERRORS FOR THEY ARE SURELY OURS ALONE AND ALL GOOD COMES FROM HIM.

Wednesday, September 11, 2013

Panduan Penting

• Ubat tradisional/herba boleh bertindak dengan cara yang sama sebagaimana ubat moden. Oleh itu ianya juga boleh mendatangkan kesan mudarat jika diambil berlebihan atau secara tidak betul.

• Walaupun ianya dilabelkan sebagai bahan semulajadi, ini tidak bermakna ianya selamat dan tidak memberikan kesan berbahaya. Sebagai contoh Kava telah dikaitkan dengan kerosakan hati yang teruk.

• Wanita yang hamil atau menyusukan anak perlu lebih berhati-hati terhadap penggunaan suplemen herba. Begitu juga kanak-kanak yang diberi suplemen herba.

• Sekiranya anda sedang menggunakan suplemen herba, sila maklumkan pada doktor atau ahli farmasi, kerana suplemen herba boleh berinteraksi dengan ubat moden dan menyebabkan kesan yang memudaratkan.

Serba Sedikit Mengenai Interaksi Yang Sangat Penting
• Gingko - warfarin, aspirin: (berpotensi meningkatkan risiko pendarahan)
• Ginseng - warfarin: (guna dengan berhati-hati, kesan ginseng tidak dapat diramalkan keatas warfarin)
• Horse Chestnut - warfarin:
(berpotensi meningkatkan risiko pendarahan)
• St John's Wort - Theophyline: (mungkin menurunkan keberkesanan theophyline jika digunakan bersama)
• St John's wort - cyclosporine: (mungkin menurunkan keberkesanan cyclosporine)
• St John's wort - digoxin: (mungkin menurunkan keberkesanan digoxin)
• St john's wort - oral contraceptive : (mungkin menyebabkan pendarahan diantara pusingan haid, dan pendarahan haid
yang tidak teratur)
• St John's Wort - warfarin:
(mungkin menurunkan keberkesanan warfarin)

Beberapa Sumber Bahan Semula Jadi Yang Terdapat Dalam Ubat Tradisional Di Malaysia
• Tongkat Ali (Eurycoma longifolia)
• Hempedu Bumi (Andrographis Paniculata)
• Cotet Emas : digunakan untuk kesihatan wanita, terutamanya selepas bersalin
• Misai Kucing (Orthosiphonis spp): untuk sakit sendi
• Bunga Raya (Hibiscus spp): (akar- untuk rawatan demam dan lain lain, jus dari akar dan daun untuk masalah kulit,
bunga untuk kosmetik)
• Mengkudu (Morinda citrifolia): hilangkan rasa sakit, untuk perut kurang hadam
• Dukung Anak
• Gamat (Stichopus variegatus)

Bahan Bacaan Selanjutnya
• Polisi Kebangsaan untuk Ubat Tradisional/Komplementari, Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Ogos 2001
• Handbook of Non- Prescriptions Drug
• C.Zolman,A.Vickers,1999. BMJ, 319:693-696
• http://nccam.nih.gov/health/
• http://www.bpfk.gov.my
• http://www.pharmacy.gov.my

No comments:

Post a Comment