السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan ta'atlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat.An-Nuur 56
Sembahyang mempunyai hubung kait dengan akidah, ibadah2 lain, melaksanakan suruhan Allah swt dan meninggalkan larangan-larangannya. Jika demikian alhamdulillah kita telah dikurniakan olehnya satu kelebihan yang amat besar. Jika sebaliknya, maka hendaklah kita mencari di mana silapnya. Cuba kita analisa sebab-sebab sembahyang kita tidak memberi kesan kepada kita
Antara sebabnya mungkin;
1. tidak ikhlas
2. tidak memahami bacaan yang dibaca dalam sembahyang
3. lalai terhadap sembahyang
4. mengerjakan sembahyang dengan malas
Setiap ibadah mesti ikhlas semata-mata kerana Allah swt, bukan kerana menunjuk-nunjuk, mencari nama, jawatan, mencari duit dll selaras dengan ikrar kita ketika membaca doa iftitah: sesungguhnya semabhayangku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Sabda Nabi saw dalam hadis qudsi yang bermaksud;"Allah swt berfirman: Aku adalah amat terkaya dari yang dikongsikan. Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang mengongsikan Aku dengan yang lain dalam amalan itu maka Aku serahkan kepada kongsi itu" (sahih muslim).
Seorang yang sembahyang dengan ikhlas, faham apa yang dibaca, insyAllah akan menjauhkan dari fahshak(kejahatan) dan mungkar. Pada setiap rakaat kita membaca dengan:
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
yang bermaksud: "(Ya Allah) Tunjukkan kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai ke atas mereka dan bukan jalan orang yang sesat". Jalan yang lurus ialah berpegang teguh dengan ajaran Islam yang diajarkan oleh nabi Saw..
Lalai terhadap sembahyang bermaksud, kadang-kadang sembahyang, kadang-kadang tidak, kadang-kadang sembahyang dalam waktunya, kadang sembahyang di luar waktu. Ini tidak menjaga sembahyang. Allah swt menerangkan bahawa tempat orang ini adalah dalam neraka. Firman Allah dalam surah al-Ma'un, 107:4-5
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
"Maka neraka bagi mereka yang sembahyang, yang mereka lalai dari sembahyang mereka".
Orang yang mengerjakan sembahyang dengan malas adalah sifat orang munafik. Firman Allah
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
"Bahawasanya orang2 munafik itu menipu Allah sedangkan sebenarnya Allah yang menipu mereka. Apabila mereka bangun mendirikan sembahyang mereka bangun dengan keadaan malas, menunjuk2 kepada orang ramai, mereka tidak menyebut Allah kecuali sedikit sahaja".surah al-Nisa', 142
Renungi maksud sabda Nabi saw yang bermaksud: "Disukakan kepada aku dari dunia ini wanita dan bau-bau wangi. Dan dijadikan tenang mataku dalam sembahyang" (sunan al-Nasai). Tenang mata menunjukkan sesuatu yang menggembirakan bukan yang dibenci.
Mari kita sama-sama membanyakkan istighfar iaiatu memohon ampun kepada Allah swt dan taubat kepadaNya. Sabda Nabi saw bermaksud; "Demi Allah bahawasanya aku meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari 70 kali" (sahih Bukhari).
Sembahyang adalah merupakan salah satu dari rukun Islam, wajib ditunaikan dalam waktunya. Orang yang sembahyang dia sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk jalan yang lurus.
Sembahyang mempunyai hubungan rapat dengan akidah, ibadah lain dalam kehidupan. Orang yang sembahyang akidahnya akan terus menjadi kuat dan mantap, ibadah2 lain akan terus dilakukan, suruhan2 Allah yang lain dilaksanakan dan larangan Allah dijauhi dan kehidupan dunianya adalah baik.
Allah swt telah jelaskan bahawa sembahyang menjauhkan perkara-perkara fahshak dan mungkar iaitu dosa-dosa besar dan maksiat. Jadi kita perlu muhasabah diri, adakah sembahyang kita telah menjauhkan fahsha dan mungkar. Jika yaa, alhamdulillah. Jika tidak kita perlu memperbaiknya.
"Mari kita Sembahyang , semua makhluk Allah sembahyang (menyembah Allah) dan bertasbih kepadanya kecuali maknusia dan jin ada yang patuh dan ingkar .
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya , dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan-An-Nuur 41
رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاء الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْماً تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ
laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikansembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.-An-Nuur 37
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاء فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللّهِ وَعَنِ الصَّلاَةِ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).-maidah-91
وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلاَةِ اتَّخَذُوهَا هُزُواً وَلَعِباً ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لاَّ يَعْقِلُونَ
Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah karena mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal.-Al-Maa`idah 58
والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

No comments:
Post a Comment