"All praises is due to ALLAH alone. Only the mistakes have been ours. May ALLAH forgive our sins with His infinite mercy, Ameen."
MAY PEACE AND BLESSINGS OF ALLAH SUBANNAH WATAALLAH BE UPON OUR PROPHET MOHAMMED, HIS FAMILY AND COMPANIONS.
BROTHERS AND SISTERS IN ISLAM FISABILILLAH HAS BEEN INACTIVE FOR SOME TIME, HOWEVER WITH THE HELP OF ALLAH WE ARE NOW RELAUNCHING AND INSHALLAH WILL BE AVAILABLE FOR ALL TO GAIN BENEFIT PEACE AND KNOWLEDGE.
ALLAH ACCEPT THE EFFORTS OF ALL INVOLVED ACCEPT OUR THANKS FOR THIS OPPORTUNITY AND FORGIVE OUR FAULTS AND ERRORS FOR THEY ARE SURELY OURS ALONE AND ALL GOOD COMES FROM HIM.

Tuesday, December 10, 2013

CUKA EPAL - Kelebihan & Khasiat

GEMUK. Ejaan dari lima huruf itu memang ditakuti oleh wanita . Malah kini seiring dengan perkembangan pengetahuan kesihatan dan gaya hidup, lelaki juga bimbang bila tubuh mereka menjadi gemuk.Gemuk merupakan bentuk fizikal yang merisaukan dan menghambat fikiran kebanyakan dari kita.
Malu, sedih, meradang dengan penampilan diri sering menyebabkan rasa rendah diri pada individu-individu yang mengalami masaalah kegemukan ini. Sangat jarang orang gemuk gembira dengan bentuk tubuhnya. Walau mulut menafikan tapi di hati, siapalah tahu.

Trend membentuk badan kurus bukan sekadar untuk menampilan lebih bergaya tapi juga untuk tujuan kesihatan. Ukur lilit pinggang hendaklah dikecilkan jika tidak mahu penyakit merbahaya menghinggap seperti pertambahan kolestrol, penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Dewasa ini kepelbagaian bentuk dalam menangani masaalan kegemukan datang melalui pelbagai cara.
Samada dengan mengikuti petua-petua tradisional, menjalani rawatan di pusat-pusat kecantikan menguruskan badan, atau melalui pelbagai produk yang mempaparkan jenama dan harga yang bebeza namun natijahnya hanya satu - untuk kuruskan badan. Memudahkan ungkapan , tepuk dada tanya selera dan usaplah dompet anda !

Salah satu dari pemakanan tradisi yang didapati berkesan untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal.Cuka Epal memang sudah diketahui mengandungi pelbagai khasiat kesihatan sejak dulu lagi. Ribuan tahun dahulu orang-orang Greek dan Mesir telah menggunakannya sebagai tonik kesihatan. Cuka epal dihasilkan melalui proses penapaian dimana gula di dalam buah epal dipisahkan oleh bakteria. Kemudian raginya yang berwarna kuning keemasan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka ini juga popular digunakan dalam masakan. Penggunaan cuka epal ini mula popular setelah Dr D.C.Jarvis ( penulis buku kesihatan ) mengesyorkannya untuk diminum setiap hari dan sebagai 'home cure' atau PENAWAR yang perlu ada dalam setiap rumah.




Yang ini cuka epal Kemal Kukrer dari Turki

ANTARA KHASIAT CUKA EPAL IALAH :

1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses
penurunan berat badan.

2. Membantu menyembuhkan pelbagai penyakit dan masaalah kesihatan seperti
alergi yang disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan mahupun
persekitaran. Ia bagus untuk menyembuhkan jangkitan sinus, selsema,jerawat,
kolestrol tinggi, keletihan , sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis, gout
dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

3. Membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Dengan itu kadar
pembakaran lemak menjadi lebih cepat dari biasa. Ia juga memberikan anda
lebih tenaga untuk menurunkan berat badan.

4. Membantu menurunakn kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan
yang disebabkan pengumpulan lemak.

5. Sebagai tambahan, jika cuka epal diambil setengah jam sebelum makan,
akan dapat mengekalkan kenyang malah melambatkan rasa lapar.

6. Melambatkan proses penuaan dengan mengimbangi keasidan dalam tubuh
kerana asid yang tinggi menyebabkan rasa mengantuk dan malas.

7. Mengimbangi PH rambut dan membunuh bakteria yang menyebabkan klemumur
dan keguguran rambut.

8. Membantu mengawal tekanan darah tinggi dan gout.

9. Membersihkan buah pinggang

10.Membantu menyelesaikan masaalah pencernaan dengan membunuh parasit
di dalam perut.

11. Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan keletihan akibat bersenam.

12. Meningkatkan sistem imun badan

13. Mengurangkan masaalah selulit

Justeru jika anda memilih menurunkan berat badan secara tradisional, cuka epal adalah jawapannya.
Pengambilan cuka epal bercampur madu yang disertakan dengan senaman dan kawalan pemakanan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan. Kepada yang tiada masaalah dengan berat badan, jangan risau kerana pengambilan cuka epal tidak akan menjadikan anda kurus kering. Kerana apa yang dipecahkan oleh cuka epal adalah lemak dan bukannya tisu otot.

CUKA EPAL BILA DICAMPURKAN DENGAN MADU MEMPUNYAI KHASIAT TAMBAHAN SEPERTI BERIKUT :

1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan , emosi, kreativiti, hafalan dan
kepintaran anak-anak
5. Membersihkan usus kecil dan besar.
6. Juga berfungsi sebagai anti-alergik, anti-septik, anti-anemia dan anti-ulser.
7. Melega dan mengurangkan masaalah kulit seperti jerawat
8. Meningkatkan metabolisme tubuh
9. Menghalang penyerapan minyak dan penimbunan lemak
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan ( pemparitan limfatik )
11. Melembabkan dan mengencangkan kulit.
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan benjolan lemak yang tidak dikehendaki terutamanya di
bahagian perut, lengan, pinggul dan peha.
14. Meredakan sakit dan sengal sendi.
15. Menurunkan risiko penyakit jantung dan barah
16. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
17. Meningkatkan kesihatan tulang dengan menambah mineral tulang
18. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dan mengekalkan tahap kolestrol darah
19. Membantu menwujudkan berat badan ideal.
20 Menghilangkan stress.

Diriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w suka kepada cuka.
Jabir menceritakan, ' Satu hari Rasullullah mempelawa saya ke rumah baginda. Dia dihidangkan dengan roti.
Dia bertanya; ' adakah apa-apa perasa ?'
Mereka menjawab; ' tidak. Hanya ada cuka.'
Nabi berkata ; ' Cuka adalah sos yang baik '.

Jabir berkata, " aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah ".
Nafa berkata, " Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya dari Jabir ".
( Muslim, Abu Dawud, Nasa'i )

Rumah yang menyimpan cuka tidak akan menderita dari kemiskinan
( Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi )
" Cuka adalah kemudahan bagi manusia "
( Diriwayatkan oleh Muslim )
" Allah telah meletakkan berkat dalam cuka. Ia digunakan oleh para nabi sebelum aku "
( Diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja )


No comments:

Post a Comment