"All praises is due to ALLAH alone. Only the mistakes have been ours. May ALLAH forgive our sins with His infinite mercy, Ameen."
MAY PEACE AND BLESSINGS OF ALLAH SUBANNAH WATAALLAH BE UPON OUR PROPHET MOHAMMED, HIS FAMILY AND COMPANIONS.
BROTHERS AND SISTERS IN ISLAM FISABILILLAH HAS BEEN INACTIVE FOR SOME TIME, HOWEVER WITH THE HELP OF ALLAH WE ARE NOW RELAUNCHING AND INSHALLAH WILL BE AVAILABLE FOR ALL TO GAIN BENEFIT PEACE AND KNOWLEDGE.
ALLAH ACCEPT THE EFFORTS OF ALL INVOLVED ACCEPT OUR THANKS FOR THIS OPPORTUNITY AND FORGIVE OUR FAULTS AND ERRORS FOR THEY ARE SURELY OURS ALONE AND ALL GOOD COMES FROM HIM.

Tuesday, December 10, 2013

Cuka Kurma

Cuka boleh dihasilkan daripada buah-buahan seperti kurma, epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi cuka, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

BAGAIMANA ORANG ARAB MAMPU MAKAN SEEKOR KAMBING HANYA UNTUK TIGA ORANG MAKAN TANPA RISAU TERKENA PENYAKIT-PENYAKIT BERBAHAYA SEPERTI DARAH TINGGI, KENCING MANIS, JANTUNG, KOLESTROL ATAU OBESITY.

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)


RAHSIANYA

Cuka Kurma

Cuka (khal)  kurma berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit yang digeruni seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan jantung.

Madu Iran

"Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai penawar bagi manusia", (An-Nahl:69).

Habbatus Sauda

Bersabda Rasulullah S.A.W.,"Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati.” (HR.Bukhari, Muslim)

KENAPA CUKA DARIPADA BUAH KURMA?

Kebaikan buah kurma disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.

Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim


No comments:

Post a Comment